Barang Eco RM2.40 - Magical Rainbow Cardboard 270gsm + Frame + mesin Laser CO2 atau Diod



'Print' (cetak) gambar dengan menggunakan kertas biasa atau 'glossy' agak mudah dan tidak 'rare'. Lagipun kebanyakan rumah sekarang mempunyai 'printer' kertas samada bewarna CYMK atau hitam saja.

Pengalaman saya hanya menggunakan printer berjenama Epson saja. Dari epson L120, L210 dan L3150. Semuanya sangat 'superb'!

Saya ada sebuah mesin laser CO2 yang jarang saya guna sejak kebelakangan ini kerana 'order' pun sudah menurun sejak tamat PKP pada tahun 2021.

Kebetulan pula saya ada membeli barang di kedai Eco RM2.40( dari RM2 naik sehingga 40 sen selama 5,6tahun saja). Kertas yang saya beli ini sebenarnya tidaklah unik kerana ramai ibu bapa yang sudah tahu dan budak-budak sangat suka menggunakannya.

Dengan sifat ingin tahu di dalam diri saya, saya ingin mencuba menulis (mengukir) kertas Magical Rainbow Cardboard  ini dengan mesin laser CO2. Tidak salah untuk mencuba. Kalau tidak jadi, kita buat lagi atau kita buat benda yang lain. Tak gitu?

Perkara pertama sekali anda perlu ada adalah mesin laser CO2 atau diod. Kalau tiada anda boleh membaca blog saya ini saja :) 

Kedua anda perlu membeli kertas seperti Magical Rainbow Cardboard. Namanya mungkin berlainan tapi kertas ini di 'coating' dengan lapisan warna hitam yang boleh digores, dan apabila digores dengan sedikit daya(seperti pen atau batang kayu kecil) lapisan pelindung ini akan terhakis dan nampaklah kertas sebenar yang mempunyai warna warni (bukan 'rainbow' sebenarnya).

Ketiga, anda perlu ada gambar :) yang akan anda ukir ke atas kertas ini.

Langkah keempat hingga keenam adalah sedikit teknikal dan memerlukan akses kemudahan 'internet'.

4. Buka laman web imag-r 

5. Buka perisian inkscape

6. Buka perisian k40 whisperer

Langkah ketujuh 'ON' kan mesin laser CO2 anda.

Siap!

Comments