Fizikal Komputer Topik Tiga 3 - penderia suhu dalaman - Arduino Vs Raspberry Pi Pico vs BBC Microbit

Tahukah anda bahawa mikropengawal seperti Arduino Uno mempunyai 'sensor' (penderia) suhu untuk menyukat suhu dalaman pengawal itu sendiri.


 

Cuma ketepatan dan kejituan itu berbeza mengikut pelbagai jenis mikropengawal itu sendiri.

Di sini saya ingin menjalankan satu eksperimen mudah untuk menyukat suhu dalaman setiap mikropengawal Arduino Uno, Raspberry Pico dan BBC Micro:bit V2. Ketiga-tiga mikropengawal ini akan diletakkan ke dalam satu bekas yang mempunyai ais batu( di dalam plastik) , dan setiap pengawal ini akan dibalut/dimasukkan ke dalam plastik untuk melindungi air/kelembapan terkena secara terus dan mungkin akan menyebabkan kerosakan pada mikropengawal.

Arduino


Coding: Rujuk di sini untuk maklumat lebih terperinci berkenaan coding bagaimana(pengiraan) untuk memperolehi suhu.

Hardware: Disebabkan Uno tiada kapasiti untuk menyimpan/merekod data secara dalaman, maka saya terpaksa menyambungkan SD card module(komponen) kepada Uno. 



Pico

Coding: Rujuk di sini untuk maklumat lebih terperinci berkenaan coding bagaimana(pengiraan) untuk memperolehi suhu.

Hardware: Pico boleh menyimpan maklumat(data) tanpa perlu ada SD card atau sebagainya. Untuk menyukat suhu dalam hanya perlu Pi Pico dan sambungan kepada sumber tenaga (bateri)

Micro:bit

Coding: Rujuk di sini

Hardware: Microbit juga seperti Pi Pico, hanya perlu 'board' pengawalmikro dan bateri saja.




Comments